Thursday, November 09, 2006

Belagaknya depa .. nanti kau .....................

Di ambil dari jawapan JAKIM kepada soalan pembaca .. "Berbalik kepada Pringles, pihak kilang pengeluar menyatakan bahawa pemilik jenama Pringles sendiri yang tidak beminat untuk mendapatkan pengesahan halal JAKIM kerana mereka beranggapan jenama mereka adalah establish dan tidak perlu mendapatkan pengesahan halal JAKIM."

Pringles yang kita dok makan hari hari tu .... tapi kita ada ambil pusing ka pasal ini halal haram .. atau masa baca ni dok baik punya kunyah itu Pringles .. sendiri mau tau la ..

>> www.halaljakim.gov.my/aduan_siar_c.php?id=1931&a=U

Penjelasan mengenai isu AISKRIM WALL'S ............

Berhubung mengenai aduan Aiskrim Wall’s yang dikatakan mengandungi lambang salib, pihak PPIM telah menghubungi pihak Wall’s bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan berhubung isu ini. Pada mulanya pihak Wall’s telah bersetuju untuk bekerjasama bagi membincangkan perkara ini tetapi pihak Wall’s telah menukar fikiran dan tidak mahu berjumpa dengan wakil PPIM untuk membincangkan isu ini. Pihak pengurusan Wall’s juga dilihat bersifat angkuh dan sombong dan memandang isu ini sebagai isu yang remeh.

PPIM sentiasa bersikap terbuka dan memberikan peluang kepada syarikat seperti ini untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang jelas menyinggung sensitiviti masyarakat Islam di negara ini namun sikap sambil lewa pihak pengurusan Wall’s adalah amat dikesali dan dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha bagi memastikan majoriti pelanggan utama mereka tidak merasa kecewa dan tersinggung mengenai isu lambang salib di aiskrim Moo keluaran mereka. Justeru, pihak PPIM berharap agar orang ramai dapat berkerjasama bagi menyelesaikan masalah ini.


Inilah aiskrim yang aku dan darah daging aku dah makan .. cukuplah sampai di sini ..












Ini pula Paddle Pop 2 tahun dulu dengan isu yang sama ..


Esok 10.30 am ramai-ramai jumpa di balai polis Cheras .. Insyaallah

>> http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.253

Roti High5 - Kita dipergunakan lagi ke?

Syukur ke hadhirat Ilahi sempena barakah bulan Ramadhan Al-Mubarrak, kita semua ummat Islam memperolehi banyak rahmat dan limpah kurnia dari Allah S.W.T dan satu di antaranya apabila kita berjaya meredakan polemik dan kemelut yang melanda para pengguna Islam baru-baru ini dalam kes roti Silverbird High 5. Satu pertemuan berjaya diadakan antara wakil PPIM, Dato Nadzim Johan Setiausaha Kerja PPIM, Dr Zaki Penasihat PPIM dan Dr Izham Pengarah Sekretariat dengan Y. Bhg Datuk Hassan Din Al Hafiz serta Pegawai Akhbar Istana Negara bertempat di Istana Negara pada Jam 9.30 pagi 17 Oktober, 2006.

Pemaparan KERATAN AKHBAR DATO’ HASSAN MEMEGANG SIJIL HALAL adalah perbuatan LICIK DAN MENJADIKAN BELIAU SEOLAH-OLAH BERSEKONGKOL dengan syarikat berkenaan. Perbuatan berkenaan TIDAK PERNAH MENDAPAT RESTU, KEIZINAN BERTULIS ATAU VERBAL daripada pihak Dato’ Abu Hassan secara peribadi mahupun daripada Pegawai Akhbar Istana.

Jangan sokongan syarikat yang biasa menipu para pengguna dan umat Islam jika dapat dielakkan, seperti roti high 5 kerana banyak lagi syarikat lain seperti Roti Iman, Roti Azan atau faderal Bakery ataupun Roti Gardenia jika tiada syarikat roti 100% Islam.

Berita penuh >> www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.250

Kontena berisi ayam campur Babi.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mendapat aduan melalui sms mengatakan terdapat kontena dari Vietnam yang menghantar bekalan ayam dicampur dengan daging babi untuk pasaran Malaysia. Bekalan tersebut akan disimpan di setor simpanan sementara di kawasan Subang sebelum diagihkan kepada pengedar-pengedar.

Kontena berukuran 40 kaki itu dipercayai tiba pada malam sabtu (28/10/06). Pada 29/10/2006 jam 7.00 pagi di Subang Coldroom Lot 1 Jalan SS 13/1 Subang., kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai oleh Setiausaha Kerja PPIM, Dato' Nadzim Johan bersama beberapa pegawai dari pihak Kastam yang diketuai oleh En Bune dari Jabatan Penyiasatan Kastam dan turut menyertai adalah wartawan media seperti Kosmo, Utusan dan TV3 tiba di tempat yang dilaporkan.