Thursday, November 09, 2006

Penjelasan mengenai isu AISKRIM WALL'S ............

Berhubung mengenai aduan Aiskrim Wall’s yang dikatakan mengandungi lambang salib, pihak PPIM telah menghubungi pihak Wall’s bagi mendapatkan maklum balas dan penjelasan berhubung isu ini. Pada mulanya pihak Wall’s telah bersetuju untuk bekerjasama bagi membincangkan perkara ini tetapi pihak Wall’s telah menukar fikiran dan tidak mahu berjumpa dengan wakil PPIM untuk membincangkan isu ini. Pihak pengurusan Wall’s juga dilihat bersifat angkuh dan sombong dan memandang isu ini sebagai isu yang remeh.

PPIM sentiasa bersikap terbuka dan memberikan peluang kepada syarikat seperti ini untuk memberikan penjelasan mengenai isu-isu yang jelas menyinggung sensitiviti masyarakat Islam di negara ini namun sikap sambil lewa pihak pengurusan Wall’s adalah amat dikesali dan dilihat tidak bersungguh-sungguh dalam usaha bagi memastikan majoriti pelanggan utama mereka tidak merasa kecewa dan tersinggung mengenai isu lambang salib di aiskrim Moo keluaran mereka. Justeru, pihak PPIM berharap agar orang ramai dapat berkerjasama bagi menyelesaikan masalah ini.


Inilah aiskrim yang aku dan darah daging aku dah makan .. cukuplah sampai di sini ..












Ini pula Paddle Pop 2 tahun dulu dengan isu yang sama ..


Esok 10.30 am ramai-ramai jumpa di balai polis Cheras .. Insyaallah

>> http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/news.php?extend.253

1 Comments:

Blogger Hangmen said...

Well, that's seriously stupid. If that's the case, then we should just ban EVERYTHING with a cross on it. This includes Philips screws and screwdrivers, windows on buildings and houses, the symbol '+' and the letter 'x'.

As fellow Muslims, aren't we ourselves ashamed that we give focus over the smallest and most irrelevant of all things yet ignoring other bigger fishes to fry, like the issue of hardcore poverty in Muslim countries and the revival of the Islamic Golden Age?

I doubt that PPIM can handle the truth:

http://www.unilever.com.my/ourbrands/foods/moo.asp

It's also nice to know that PPIM is just as equivalently arrogant as Walls with an extra dash of hypocrisy, eh?

4:44 AM  

Post a Comment

<< Home